Wednesday, 7 March 2018

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN DALAM ISLAM




PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN 

DALAM ISLAM 


PERANCANGAN




PENSYARAH:

USTAZAH NAIMAH BINTI ISMAIL


PENGENALAN DPR2B:

SOFIA IWANA BINTI JAUFILLALI (16DPR17F1048)

NOR SHAHILA BINTI AZRIN (16DPR17F1054)


NUR AINA HUSNA BINTI MOHD SUFFI (16DPR17F1059)


NUR ANIS NAJWA BINTI NASNIZAM (16DPR17F1065)


NATASHA HAIFALIANA BINTI AZMAN (16DPR17F1087)






  1. Untuk memberikan pendedahan kepada umum tentang apakah itu proses pengurusan dalam islam dari segi PERANCANGAN.
  1. Untuk meningkatkan pengetahuan bakal generasi baru tentang fungsi dan kepentingan merancang sesuatu perkara dengan baik mengikut syariat Islam.
  1. Memberi inspirasi kepada umum terhadap proses perancangan yang betul supaya perancangan tidak tersasar daripada objektif dan tujuan.








APAKAH ITU PENGURUSAN?


  • Pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu atau lebih orang atau entiti untuk tujuan menyeleraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat
  • Ia seringnya merangkumi penggunaan sumber-sumber manusiakewangan, dan teknologi, serta juga sumber alam semula jadi
  •  Perkataan bahasa Perancismesnagement (kemudiannya ménagement), telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan bahasa Inggerismanagement pada abad-abad ke-17 dan ke-18
  • Pengurusan berkait dengan kuasa mengikut pangkat, manakala kepimpinan melibatkan kuasa melalui pengaruh.







DEFINISI PERANCANGAN(TAKHTIT)

  • Perancangan ialah usaha-usaha mengenalpasti matlamat yang hendak dicapai dan penetapan cara untuk mencapai matlamat tersebut sesuai dengan keupayaan yang dimiliki. Satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalam organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi perjalanan sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut.
  •  Perancangan takhtit dalam bahasa Arab, adalah elemen yang sangat penting untuk memenangkan dakwah. Perancangan di dalam dakwah melalui fasa-fasa yang menuntut kepada strategi dan perancangan. Takhtit mempunyai empat prinsip perancangan iaitu setiap individu dalam organisasi mempunyai perancangan, dilaksanakan secara jamaah, bersifat fleksible dan akhirnya sekali segala keputusan ditentukan oleh Allah S.W.T.  Seterusnya, sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti organisasi tersebut perlulah membuat perancangan terlebih dahulu.  Hal ini demikian kerana setiap perancangan yang dilakukan adalah untuk menentukan jangka masa kerja dan kos yang terlibat, menyediakan target bagi melakukan operasi keseluruhan pengurusan, dan untuk memastikan keutamaan bagi membolehkan pengawalan mutu kerja, masa operasi  dan pelaksanaan kerja.





PROSES PERANCANGAN

Bukan itu sahaja, perancangan juga mempunyai prosesnya yang tersendiri. 

  1. Pertama ,mengenalpasti matlamat atau objektif bagi aktiviti yang bakal dilaksanakan.  Objektif tersebut mestilah rasional, praktikal, boleh diukur  dan boleh dicapai.  Matlamat sesuatu perancangan juga mestilah berhairerki dan rangkaian.                                  
  2. Keduamenilai keupayaan sumber dan persekitaraan.  Aktiviti yang dirancang oleh sesebuah organisasi itu perlulah menghitung jumlah bajet yang mencukupi, bekalan atau sumber juga semuanya mudah didapati dan melihat keadaan persekitaran samada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dilaksanakan dilokasi yang dipilih oleh organisasi.  Walhal, aspek ramalan, kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang bakal dihadapi juga perlu dikenalpasti kerana aspek ini juga merupakan proses yang sangat penting didalam perancangan. 
  3.  Ketiga membuat pelan tindakan untuk rancangan yang ingin dilaksanakan.  Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti yang dirancang, pihak organisasi perlulah mengatur strategi yang sistematik agar matlamat perancangan tersebut berjaya dicapai.
Nabi Muhammad S.A.W. merupakan seorang teladan yang baik untuk kita ikuti dalam membuat sebarang perancangan.  Baginda telah banyak terlibat dalam perancangan membangunkan masyarakat Islam seperti berdakwah.  Rasulullah S.A.W. telah menggunakan dua strategik ketika melaksanakan dakwahnya iaitu Rasulullah S.A.W. telah berdakwah secara rahsia selama 13 tahun hanya dengan ahli keluarganya dan sahabat rapatnya sebelum baginda diizinkan oleh Allah untuk berdakwah secara terang-terangan. Manakala, secara terang-terangan pula baginda mula memperluaskan dakwahnya dengan Bani Hasyim dan penduduk sekitar di Mekah.  

Firman Allah S.W.T :  “Maka siarkanlah apa-apa yang telah diperintahkan (Allah) kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik”  (Al-Hijr 94).

Sebagai contoh ,didalam dakwah Nabi Muhammad S.A.W., baginda telah membuat beberapa perancangan sebelum bertindak di khalayak ramai.  Antara perancangan tersebut adalah merancang pengorganisasian, melaksanakan rancangan penghijrahan para pengikutnya ke Habsyah dan perancangan pentadbiran untuk berhijrah ke Madinah pula pada 1 Hijrah atau 622 Masihi. 


Rasulullah S.A.W. telah melakukan dua perancangan awal iaitu :

  • perancangan yang pertama ialah memelihara akidah Islamiah.  Hal ini  demikian kerana di Madinah terdapat penganut Islam yang berasal dari Mekah dan ada juga yang berasal dari Madinah.  Baginda lebih menitik beratkan akidah untuk menyatupadukan masyarakat.
  • Perancangan yang kedua ialah baginda memberikan kebebasan beragama.  Ini telah membolehkan masyarakat bukan beragama Islam berinteraksi dengan masyarakat Islam.


FUNGSI PENGURUSAN

Pengurusan dikendalikan melalui berbagai-bagai fungsi yang sering dikelaskan seperti yang berikut:

1.Merancang: Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa hadapan (hari ini, minggu depan, bulan depan, tahun depan, pada sepanjang lima tahun yang berikut, dan sebagainya), dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.

2.Mengatur/menyusun: Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan dengan berjaya.

3.Memimpin/Memotivasi: Menonjolkan kemahiran dalam bidang-bidang kepimpinan dan motivasi untuk mendapatkan orang-orang lain memainkan peranan yang berkesan dalam pencapaian rancangan-rancangan.

4.Mengawalmengawas: Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut (jika perlu), berdasarkan maklum balas.


Contoh ; Pengurusan dalam proses transaksi




KEPENTINGAN PERANCANGAN YANG 

BAIK


  •  Pengurusan Masa
Menurut Jaafar Muhammad, Mohd Hizam Hanafiah dan Zafir Mohd Makbul, perancangan yang diuruskan dengan baik akan dapat membantu organisasi mengurus masanya dengan baik. Mereka  turut menggariskan beberapa  panduan dalam pengurusan masa seperti berikut :
  • Berkata tidak pada pengurusan yang tidak mustahak
  • Jangan terperangkap dalamrutin organisasi.
  • Wujudkan cara menapis panggilan telefon yang diterima
  • Jangan habiskan masa yang panjang dengan mereka yang tiada temujanji.
  • Buat senarai keutamaan untuk tugas mengikut kepentingan dan keperluan.
  • Laksanakan tugas mengikut apa yang dirancangkan.                                                                 
  •  Memperbaiki Kawalan
Langkah-langkah dan tindakan perlaksanaan wujud hasil dari ‘outcome’ perancangan. Setiap langkah dan tindakan perlaksanaan akan melalui proses pemantauan. Proses pemantauan ini merupakan salah satu dari mekanisme kawalan yang amat berkesan. Tujuan pemantauan amat mudah, ia diwujudkan agar tindakan dilaksanakan mengikut perancangan dan hasilnya tidak tersasar dari matlamat yang telah digariskan.
Pemantauan memudahkan pengurus mengukur perkembangan tindakan perlaksanaan. Malah pemantauan memudahkan pasukan pelaksana mengesan sekiranya terdapat kesilapan dan seterusnya tindakan pembetulan dapat segera dilancarkan.

Sebagai contoh tindakan Khalifah Umar Ibn al-Khattab mengadakan satu muktamar khas bagi seluruh pemimpin dan pemerintah di dalam wilayah Islam semasa musim haji untuk memberi peluang kepada rakyat menyatakan aduan atau mengemukakan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah tanpa perasaan takut dan tindakan akan dikenakan ke atas pemerintah tersebut  Kaedah ini berjaya mengurangkan tekanan dan kezaliman gabenor kepada rakyat serta menghasilkan pemerintahan mengikut syariat Islam


  •  Perancangan membantu organisasi menangani risiko.
Bergantung kepada kreativiti CEO dan pembuat keputusan organisasi untuk memutuskan pendekatan terbaik untuk menangani setiap risiko. Ada risiko yang boleh dielakkan sekadar berhati-hati dengan perkembangannya, ada pula yang terpaksa ditangani secara berhadapan dan perlu dihapuskan dan ada risiko yang sekadar perlu dikurangkan momentumnya sahaja. Dengan perancangan, organisasi dan warganya dapat menangani risiko dengan berkesan. Perancangan melicinkan proses penyelarasan

  • Perancangan membantu mengoptimumkan sumber dan mengelakkan pembaziran
Perancangan dapat memberikan panduan kepada pihak pelaksana untuk menggunakan sumber dalam kuantiti dan jumlah yang sesuai. Dengan adanya perancangan pihak pelaksana dapat memanipulasikan sumber seoptimum mungkin mengikut kadar yang ditetapkan. Malah dengan adanya perancangan yang teratur, sumber yang pelbagai ini dapat diagihkan secara saksama berdasarkan keperluan disetiap bahagian dan unit. Perancangan dapat mengelakkan sumber dari diagihkan ke tempat yang tidak memerlukan. Pembaziran dapat dilelakkan.
Sebagai contoh, berdasarkan hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : “Kalian lebih mengetahui tentang urusan dunia kalian.”
 Hadis ini berkaitan kisah penanaman kacukan pokok kurma yang dilakukan oleh para sahabat dan Rasulullah SAW membiarkan urusan yang berkenaan terhadap pihak yang mahir tentangnya bagi mendatangkan keuntungan.





4 CARA MERANCANG DENGAN BAIK 

1. Tentukan Target
Tentukan tujuan dari keseluruhan pekerjaan yang akan dilakukan. Anda dapat menuliskannya di komputer atau buku catatan secara terperinci, dengan begitu akan menjadi lebih teratur dan rapi. Misalnya, anda akan melakukan pekerjaan seperti membuat suatu acara, tuliskan terlebih dahulu acara seperti apa yang akan anda buat. Sehingga nantinya pada saat mesyuarat, ,kumupulan kerja lainnya dapat membantu anda untuk menyumbangkan idea selari dengan keinginan.


2. Memilih Pemimpin Kumpulan Kerja yang Tepat
Terkadang keputusan dari pemimpin kumpulan kerja tidak dapat dibantah. Hal ini dapat mempersulitkan anda dan ahli kumpulan kerja lainnya mencapai tujuan dari rancangan kerja yang sudah ditentukan. Oleh itu, jangan sampai anda dan ahli kerja salah memilih pemimpin.

3. Tentukan Tugas, Anggaran dan Waktu
Dalam membuat perencanaan kerja, Anda harus menentukan langkah demi langkah dan tugas apa saja yang harus dilakukan dan diselesaikan. Tentukan pula berapa anggaran yang diperlukan untuk menyelesaikan rancangan kerja anda. Perkirakan juga waktu untuk setiap tugasnya agar dapat menjadi acuan untuk dapat diselesaikan dengan cepat.

4. Atur Secara Logik
Aturlah tugas untuk masing-masing orang dalam satu kumpulan  kerja secara logik. Fokuskan setiap tugas pada orang yang mampu dan memang sesuai dengan jenis pekerjaan yang diberikan. Setelah masing-masing sudah mendapatkan tugasnya, hasil dari perancangan kerja yang sudah dibuat pasti akan terlaksana selaras tujuan yang ingin dicapai.

 Perancangan strategik merupakan sebahagian perkara penting dalam struktur pengurusan dan pentadbiran di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Objektif utama Institut Pengajian Tinggi adalah untuk memberikan perkhidmatan sosial dan melahirkan graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang pengajian. 
Sebagai contoh , Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia telah memperkenalkan pelbagai polisi dan dasar untuk pemantapan pengajian tinggi negara agar wujud ekosistem yang kondusif bagi menerajui ilmu.





KESIMPULAN

Perancangan merupakan perkara terpeting dalam melakukan sesuatu. Perancangan saat ini sangat berguna dan diharapkan dapat menggerakkan serta mengukuhkan tahap sesuatu pengurusan. Dalam pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi, konsep perancangan adalah elemen yang paling penting .Ini menunjukkan bahawa setiap proses perancangan perlu kepada mencapai objektif yang diharapkan. Islam sering kali menyarankan umatnya supaya sentiasa melakukan perancangan terlebih dahulu dalam setiap perkara kerana Islam adalah sebuah agama berpandukan sistem dan aturan yang sempurna. Hal ini dapat diperhatikan melalui penyusunan sistem ibadah Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji yang dilaksanakan berdasarkan dasar-dasar serta kaedah perancangan dan penyusunan yang sempurna. Walaupun Islam tidak menetapkan secara khusus teori perancangan strategik, tetapi Islam telah terlebih dahulu menjalankan teori perancangan strategik yang dicipta oleh para sarjana Barat. Sememangnya terdapat pendekatan Islam di dalam perancangan strategik walaupun istilah ini sendiri tidak diwujudkan di dalam Islam. Namun, amalan merancang secara berstrategik ini sangat digalakkan terhadap semua umat Islam untuk dilaksanakan sama ada secara individu mahupun organisasi. Kaedah mewujudkan perancangan strategik boleh dilakukan secara musyawarah seperti mana yang dibuat oleh Rasulullah SAW dan juga Khulafa’ ar-Rasyiddin terdahulu bagi memperoleh idea yang bernas daripada setiap pihak yang terlibat. Namun, setiap perancangan strategik yang dirancang dan dilaksanakan perlulah diselitkan keimanan dan keyakinan bahawa kejayaan sesuatu perancangan itu ditentukan oleh kuasa Allah SWT. 
Firman Allah SWT dalam surah ali-‘Imran ayat ke-54, maksudnya :“Mereka merancang, Allah SWT juga merancang. Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaikbaik perancang.”



https://ms.wikipedia.org/wiki/Pengurusanhttps://uniprof.wordpress.com/2014/01/03/bahagian-5-kepentingan-perancangan/
https://wolipop.detik.com/read/2012/01/02/170853/1804863/1133/4-cara-membuat-perencanaan-kerja
https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00002823_85435.pdf

No comments:

Post a Comment

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN DALAM ISLAM

PROSES PENGENDALIAN PENGURUSAN  DALAM ISLAM   PERANCANGAN PENSYARAH : USTAZAH NAIMAH BINTI ISMAIL PENGEN...